Petikan dari MStar
(i) Anifah: Anwar pernah tawar jawatan TPM bentuk Kerajaan Persekutuan!!
(ii) Anwar nafi dakwaan Anifah, minta tarik balik kenyataan!!
Pagi ini adalah pagi Ahad yang amat menggembirakan. Manchester United sah Juara EPL untuk kali ke 18 Glory Glory Man Utd!!! Namun berita yang tidak kurang menarik adalah berkenaan kenyataan terbuka Datuk Anifah Aman berkenaan tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Anwar Ibrahim kepada beliau untuk lompat parti dan membentuk kerajaan pusat Pakatan Rakyat. Tindakan yang berani dan bertanggungjawab walaupun sebelum ini ada cerita kedai kopi mengenai perkara tersebut tapi tiada bukti yang sahih.
Mungkin apa yang berlaku di Perak ada hikmah di sebalik kemelut politik yang sedia ada. Bayangkan jika khayalan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri hasil daripada 'lompat parti' pada 16 September 2008 menjadi kenyataan? kemelut sama yang lebih buruk akan terjadi di seluruh Malaysia dan akhirnya rakyat Malaysia yang selama ini menikmati kestabilan politik dan keharmonian kaum akan menanggung musibah seperti yang pernah terjadi di negara-negara jiran.
Saya amat percaya Anwar Ibrahim dan konco-konco mempunyai kebolehan dan kebijaksanaan yang minima untuk mengandaikan atau 'predict' masa depan negara sekiranya dia mendapat mandat memerintah kerajaan pusat dengan cara tersebut. Namun, apabila khayalan Anwar Ibrahim tersebut di adaptasi di kerajaan negeri Perak (harus diingat ketiga-tiga ADUN tersebut tidak melompat ke dalam BN tetapi cuma menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN), Anwar dan konco-konco dalam Pakatan Rakyat pulak menyanyi lagu yang sumbang dan cry foul.
Sebagai seorang rakyat kebanyakan negeri Sabah, saya amat berbanga dengan keberanian dan nekad Datuk Anifah Aman membongkar niat jahat dan nafsu Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri dengan cara yang jijik. Saya ingin meminjam kata-kata bekas Pengurus Chelsea Jose Mourinho '...you cannot make a good ommelette with bad eggs...'
Saya percaya semua orang amat berharap agar perkara ini akan dibawa oleh Anwar Ibrahim ke Mahkamah dan sekaligus memberi peluang terbuka agar rakyat dapat menilai siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Secara peribadi, Datuk Anifah Aman boleh membuatkan rakyat Sabah berbangga atas keberanian beliau 'melawan' Anwar Ibrahim secara bersemuka. Let's fight on the level ground.
This entry was posted
on Sunday, May 17, 2009
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
About Me
- Rocky Julkarnain
- A small time lawyer..
Archives
-
▼
2009
(11)
-
▼
May
(8)
- 'Malaysian men who call wives ugly could face jail...
- Old Trafford: My Dream at the Theatre of Dream
- A Life I Never Dream-Part II
- BN & Manik Urai: 'Son, sometimes you have to fight...
- Contemptous Remark by PAS in the face of Malaysian...
- BN & Penanti: 'Son, you don't have to fight to be ...
- Anifah Aman vs Anwar Ibrahim - Go and fight on the...
- Teachers are stupid...?
-
▼
May
(8)
3 comments